PELUMBA Red Bull, Daniel Ricciardo menguasai petak pertama perlumbaan Formula Satu buat julung kali dalam kariernya.
Rekod terbaharu Ricciardo itu dilakar pada pusingan kelayakan perlumbaan Grand Prix Formula Satu Monaco di Litar Monte Carlo pada Sabtu malam.
Kemenangan aksi kelayakan ini sekaligus meletakkan pelumba Australia itu di petak pertama pada aksi akhir Ahad malam.
Ricciardo mencatat masa terpantas 1'13.622 saat meninggalkan dua pelumba Mercedes, Nico Rosberg di tempat kedua diikuti Lewis Hamilton.
Pelumba Ferrari, Sebastian Vettel menamatkan saingan di tempat keempat, manakala kelima Nico Hulkenberg dari pasukan Force India.
Senarai penuh kedudukan petak pelumba bagi perlumbaan akhir GP Monaco:
1.Daniel Ricciardo Infiniti-Red Bull
2.Nico Rosberg -Mercedes
3.Lewis Hamilton-Mercedes
4.Sebastian Vettel -Ferrari
5.Nico Hülkenberg Force India
6.Carlos Sainz JrToro Rosso
7.Sergio Pérez Force India
8.Daniil Kvyat -Toro Rosso
9.Fernando Alonso -McLaren
10.Valtteri Bottas -Williams
11.Kimi Räikkönen -Ferrari
12.Esteban Gutiérrez -Haas
13.Jenson Button -McLaren
14.Felipe Massa -Williams
15.Romain Grosjean -Haas
16. Kevin Magnussen -Renault
17. Marcus Ericsson -Sauber
18. Jolyon Palmer -Renault
19. Rio Haryanto- Manor
20. Pascal Wehrlein -Manor
21. Max Verstappen -Infiniti-Red Bull
22. Felipe Nasr -Sauber