LEGENDA bola sepak Manchester United, Ryan Giggs nampaknya sudah bersedia untuk meninggalkan Old Trafford selepas menolak tawaran jawatan baharu dibawah pengurus Jose Mourinho. Sebelum ini, Giggs merupakan pembantu kepada Louis van Gaal yang dipecat pada bulan lalu. Namun difahamkan United menawarkan Giggs jawatan yang jauh lebih rendah di bawah Mourinho. Mourinho atau lebih dikenali dengan jolokan The Special One akan melantik Rui Faria sebagai pembantunya. United enggan mengulas lanjut mengenai jawatan yang ditawarkan kepada Giggs yang melakukan 963 penampilan bersama pasukan itu. Difahamkan jawatan tersebut ada kaitan dengan peranan melatih kesebelasan utama skuad bawah 21 tahun pasukan itu. Tiada keputusan dicapai pada Rabu berhubung perkara itu. Giggs baharu saya kembali daripada percutian di Dubai dan masih mempertimbangkan tawaran itu. Meninggalkan United sebuah kelab yang disertainya sejak sekian lama pastinya akan memberi tamparan hebat dalam hidup Giggs. Sumber rapat dengan Giggs memberitahu mereka pastinya akan terkejut dengan keputusan bekas pemain kebangsaan Wales itu untuk kekal di Old Trafford. Namun, sekiranya Giggs berhasrat meninggalkan United, buat masa ini terdapat pelbagai kekosongan di kawasan berhampiran untuk disertai bekas pemain sayap berusia 42 tahun itu.