suria

Muhammad Ali Dalam Keadaan Stabil Di Hospital

Muhammad Ali.

LEGENDA tinju, Muhammad Ali sedang menerima rawatan di hospital akibat komplikasi pernafasan, kata jurucakap bekas juara kategori heavyweight, Bob Gunnell.

Ali, 74, menerima rawatan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

Namun Gunnell enggan mendedahkan masa dan hospital yang dikunjungi Ali.

Ali menghidap penyakit Parkinson sejak bertahun lamanya.

Menurut kenyataan jurucakap keluarga itu, Ali akan dipantau dalam tempoh yang singkat.

Gunnell berkata: "Ali yang menghidap penyakit Parkinson dirawat oleh pasukan doktornya dan berada dalam keadaan stabil.

"Beliau akan menerima rawatan di hospital dalam tempoh yang singkat. Pada masa ini, keluarga Muhammad Ali tidak mahu diganggu," katanya.

Ali dilihat di khalayak ramai buat kali terakhir pada majlis malam amal Celebrity Fight Night di Arizona, Amerika Syarikat.

Beliau dijadualkan melawat London pada awal tahun ini untuk merasmikan pembukaan pameran I am the Greatest di O2 tetapi terpaksa membatalkan kunjungan itu atas masalah kesihatan.

Muhammad Ali, tinju

Artikel Lain