suria

PSG Harap Dapat Tebus Kontrak Neymar

PARIS Saint-Germain berharap dapat menandatangani bintang Bercelona, Neymar sebelum aksi liga musim depan bermula.

Kelab gergasi Perancis itu berhasrat untuk menebus kontrak pemain Brazil tersebut yang bernilai £153 juta selain menjadikannya sebagai penerima gaji tertinggi.

Dailymail melaporkan, usaha mendapatkan Neymar adalah untuk menggantikan kekosongan yang ditinggal Zlatan Ibrahimovic.

Pemain berusia 24 tahun itu berjaya menjaringkan 24 gol daripada 34 penampilan sekaligus membantu Barcelona menjuarai La Liga musim lepas.

Bagaimanapun perkara paling mengejutkan ialah Neymar hanya diberi gaji sebanyak £77,000 seminggu.

Jumlah itu terlalu kecil jika dibandingkan dengan rakan sepasukannya, Lionel Messi yang menerima sebanyak £250,000 seminggu selepas cukai.

Brazil, Neymar

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain