KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia pada Kejohanan Terbuka Australia berakhir selepas pasangan beregu campuran Chan Peng Soon/Goh Liu Ying tewas di separuh akhir pada kejohanan yang berlangsung di Sydney Olympic Park, Australia hari ini. Pasangan negara tewas kepada beregu dari China, Lu Kai dan Huang Yaqiong dengan straight set 15-21 dan 12-21 pada perlawanan yang disiarkan secara langsung. Beberapa kesilapan yang dilakukan oleh Peng Soon/Liu Ying memberi mata kepada pasangan lawan yang kini menduduki ranking ke-10 dunia. Dalam ketiga-tiga pertarungan, Peng Soon dan Liu Ying masih gagal untuk mengatasi lawan mereka, temasuk pada Terbuka Perancis dan Terbuka Korea tahun lepas. -Bernama