LEWIS Hamilton mengetepikan dua pesaing utamanya, Nico Rosberg dan Sebastian Vettel dengan menguasai pusingan kelayakan Grand Prix Formula Satu (F1) Kanada yang berlangsung di Litar Gilles Villeneuve Circuit awal pagi Ahad. Pelumba Mercedes yang sebelum ini dibelenggu beberapa masalah teknikal mencatat kepantasan 1' 12.812s daripada rakan sepasukannya Rosberg (+00.062) manakala kelebihan 0.116s dengan pelumba Ferrari, Vettel yang berada di tempat ketiga. Sementara itu, pelumba Red Bull Daniel Ricciardo berada di kedudukan keempat, diikuti rakan sepasukan Max Verstappen. Seorang lagi pelumba Ferrari, Kimi Raikkonen yang hanya melengkapkan pusingan kelayakan ketiga (Q3) berada di kelompok enam terbaik. Dalam pada itu, juara bertahan Hamilton mengakui kemenangan pada sesi kelayakan ini tidak begitu memuaskan hatinya. "Secara jujurnya, tidak kira sejauh mana kamu di depan, asalkan kamu sentiasa di depan. "Aksi kelayakan kali ini bukan yang terbaik bagi saya. Pun begitu saya tetap gembira kerana tetap berada di petak pertama. "Sudah tentu ketika sesi latihan, catatan masa menunjukkan perbezaan yang besar dan ia tidak seperti yang dicatat sebelum ini, namun ia cukup baik," jelas Hamilton yang hanya kelebihan 00.062s sahaja di depan Rosberg. Senarai penuh kedudukan petak pelumba bagi perlumbaan akhir GP Kanada: 1. Lewis Hamilton Mercedes 2.Nico Rosberg Mercedes 3.Sebastian Vettel Ferrari 4.Daniel Ricciardo Infiniti-Red Bull 5.Max Verstappen Infiniti-Red Bull 6. Kimi RäikkönenFerrari 7. Valtteri Bottas Williams 8. Felipe Massa Williams 9.Nico Hülkenberg Force India 10. Fernando Alonso McLaren 11. Sergio Pérez Force India 12. Jenson Button McLaren 13. Esteban Gutiérrez Haas 14. Romain Grosjean Haas 15. Carlos Sainz Jr Toro Rosso 16.Daniil Kvyat Toro Rosso 17. Jolyon Palmer Renault 18. Pascal Wehrlein Manor 19. Felipe Nasr Sauber 20. Rio Haryanto Manor 21. Marcus Ericsson Sauber 22. Kevin Magnussen Renault