suria

De Gea Pecah Rekod 50 Tahun Penjaga Gol England

DAVID de Gea berjaya memecah rekod yang dipertahankan penjaga gol England, Gordon Banks selama 50 tahun dalam Piala Dunia iaitu dengan tidak melepaskan gol dalam tempoh 450 minit permainan ketika mewakili Sepanyol dalam aksi Euro.

Penjaga gol Manchester United itu memecah rekod berkenaan selepas berjaya mempertahankan gawangnya daripada bocor ketika menentang Turki pada Jumaat.

Penjaga gol England tahun 60-an, Banks dapat mempertahankan gawangnya daripada bocor selama 442 minit sebelum negara itu menang 2-1 ke atas Portugal dalam separuh akhir Piala Dunia 1966.

De Gea, 25, tampil buat kali pertama dengan rekod bersih tanpa bolos dalam perlawanan antarabangsa ketika saingan Euro.

Malah dia juga dijangka dapat mempertahankan rekod tersebut dalam perlawanan seterusnya.


Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain