suria

"Tolong Masuk World Cup Sebelum Aku Mati" - Rayu Penyokong PPBN

PENGIKUT Facebook Program Pembangunan Bola sepak Negara (PPBN) merayu kepada pemain Bawah-14 Tahun (B14) PPBN supaya berusaha membawa skuad Malaysia layak ke saingan Piala Dunia sebelum mereka meninggal dunia.

Rayuan itu disuarakan oleh Shahafizie Pijie yang menjadi pengikut pertama menulis komen mengenai status kejayaan anak didik Lim Teong Kim yang muncul juara klasifikasi dengan menewaskan skuad remaja Paris Saint-Germain (PSG) di Perancis.

Status itu turut berkongsi kecemerlangan penjaga gol PPBN, Sikh Izhan Sikh Azman yang berjaya memastikan gawangnya tidak bolos sepanjang kejohanan bawah 14 tahun berkenaan.

Kejohanan 14 Elite Cup Cote D'Azur menemukan akademi remaja yang dianggap terbaik di dunia untuk bersaing secara liga.

Olympique Marseille B14 muncul juara keseluruhan kejohanan berkenaan yang berakhir pada 14 Jun lalu.

Dalam rayuan itu Shahafizie Pijie berkata," Bebudak woi...tlg la masuk world cup sebelum aku mati nti.. Aminnn."

Dalam komen balas pula Muhammad Sukri berkata, " Masuk WC pun jadilah. Kalah menang lain cite.."

.

Rata-rata pengikut Facebook PPBN yang lain pula mengucap tahniah kepada skuad B14 PPBN di atas kejayaan mereka menewaskan PSG.

PPBN ditubuhkan pada 2014 dan bertujuan melahirkan pemain bola sepak kelas dunia dengan bimbingan bekas jurulatih skuad remaja Bayern Munich, Lim Teong Kim.

Skuad bimbingan bekas pemain Kedah dan Kuala Lumpur itu disasarkan bakal bersaing dalam pusingan akhir Piala Dunia Bawah 17 Tahun pada 2019.


PPBN

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain