JAMIE Vardy membuktikan kesetiaannya kepada Leicester selepas melanjutkan kontrak selama empat tahun bersama kelab itu walaupun dilamar Arsenal. Menurut Daily Mail, penyerang England itu sebelum ini dikatakan akan menyertai Arsenal selepas Arsene Wenger sedia menebus kontraknya yang bernilai £20 juta (RM 119.15 juta). Arsenal juga menawarkan gaji sebanyak £120,000 seminggu kepada Vardy untuk memastikan perpindahan itu berlaku. Bagaimanapun Leicester membuat tawaran balas dengan menawarkan gaji sebanyak £100,000 seminggu berbanding £80,000 sebelum ini kepada Vardy menerusi kontrak selama empat tahun itu. Dengan persetujuan kontrak baharu itu, Vardy akan mengakhiri kariernya di Leicester sebelum ketika berusia 33 tahun. Sepanjang musim lalu, Vardy menjaringkan 24 gol daripada 38 penampilan sekaligus membantu Leicester menjuarai Liga Perdana Inggeris. Dalam pada itu, ia merupakan kontrak kedua terbaharu Vardy dalam tempoh lima bulan yang menyaksikan dia kekal sehingga tahun 2019. Rekod penampilan Vardy musim lalu: Penampilan :38 Gol: 24 Pembantu gol: 8 Tempoh beraksi: 3,210