suria

Murray Rangkul Trofi Juara Wimbledon Kali Kedua

ANDY Murray berjaya merangkul trofi kejuaraan Wimbledon buat kali kedua selepas menewaskan Milos Raonic 6-4 7-6(3) 7-6(2) pada aksi akhir lewat Ahad malam.

Kemenangan tersebut muncul buat kali kedua selepas tahun 2013 dan merupakan gelaran Grand Slam yang ketiga selepas Terbuka Amerika Syarikat 2012.

"Satu saingan sukar, dan Andy mempamerkan permainan yang bijak. Dia sememangnya layak untuk meraih kemenangan ini. Tahniah Andy," ujar Raonic selepas perlawanan.

Pada perlawanan tersebut, Murray dipaksa bekerja keras sebelum mencatat kemenangan.

Kelebihan pengalaman membuat Murray berjaya menjinakkan Raonic yang pertama kali beraksi di pentas akhir Wimbledon ini.

Selepas ini Murray dijangka akan memberi fokus untuk aksi Sukan Olimpik di Brazil dan kejayaan ini juga bakal memberikan semangat buatnya untuk mempertahankan pingat emas yang diraih di London empat tahun.

Wimbledon, Andy Murray

Artikel Lain