KUALA TERENGGANU: "Jangan pisang berbuah dua kalidalam pemilihan pemain import untuk pasukan Terengganu kali ini," tegas Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Rozi Mamat. Beliau berkata pemilihan dan pertukaran pemain yang dilaksanakan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) itu perlu berbaloi dengan pelaburan yang telah dilakukan. Katanya beliau tidak mahu kesilapan sebelum ini berulang apabila pemain import pasukan itu yang berasal dari Argentina, Juan Jose Morales hanya memanaskan kerusi pemain simpanan. "Persatuan hanya memaklumkan akan ada pertukaran pemain, namun tidak menyatakan pemain mana yang dipilih. "Saya tidak tahu mereka telah mengambil dan mengikat pemain import tersebut...saya hanya dimaklumkan akan ada pertukaran pemain dalam pasukan. Saya tidak mahu ada perkara berbangkit selepas ini. "Kita tidak mahu sikap terburu-buru dalam pemilihan pemain akhirnya merugikan dan berlaku pembaziran...seperti sebelum ini pemain import hanya diperam di bangku simpanan," katanya kepada pemberita, pada Selasa. Difahamkan PBSNT telah mendapatkan penyerang dari Serbia, Bog dan Milic bagimenggantikan Morales yang digugurkan daripada pasukan itu. Mengulas mengenai pemain import dari Serbia yang berusia 29 tahun itu, Rozi berharap kehadirannya mampu memberi sinar baru dan memantapkan lagi Skuad Penyu, setimpal dengan apa yang telah dibelanjakan. Malam ini Skuad Penyu akan beraksi menentang Melaka United di Stadium HangJebat, bagi aksi pembukaan Piala Malaysia sebelum meneruskan saingan Liga Super menentang Kelantan tiga hari kemudian. -Bernama