PERANCIS sekali lagi dikejutkan dengan serangan pengganas di Nice yang menyebabkan kematian seramai 84 orang pada Khamis. Kejadian itu turut dirasai atlet-atlet sukan dunia yang mezahirkan rasa simpati terhadap kesemua mangsa terlibat, khusus buat negara Perancis. Pelumba-pelumba Jelajah Perancis antara atlet yang terawal berkongsi simpati terhadap kejadian tersebut di laman sosial: Antaranya Chris Froome: "Ingatan terhadap mangsa-mngsa yang terbabit dalam kejadian serangan di Nice". Selain itu pemain golf Perancis, Clement Sordet turut menulis 'Pray For Nice' di topinya. Manakala kelab Barcelona turut melahirkan rasa terkejut dan sedih dengan insiden terbabit. [ Type in your image caption here ]