suria

Real Madrid Perkenal Jersi Musim 2016/17

Gareth Bale (kiri) dan Cristiano Ronaldo menggayakan jersi 'home' Real Madrid untuk musim 2016/17.
REAL Madrid, pada Khamis secara rasmi memperkenalkan jersi terbaharu mereka yang akan dipakai untuk musim 2016/17 kepada umum.

Masih berkolaborasi dengan Adidas, jersi Madrid kali ini mengetengahkan dua warna iaitu putih untuk bermain di tempat sendiri (home) dan ungu untuk bermain di kandang lawan (away).

Untuk jersi home, tiga garis yang merupakan ciri khas jenama Adidas masih dikekalkan, tetapi garis berwarna biru itu diletakkan menegak di sebelah kanan dan kiri badan.

Rekaan jersi home kali ini tampil dengan gaya klasik dengan adanya butang dan kolar, berbeza dengan jersi kelab ini pada musim-musim sebelumnya.

Ia juga merupakan satu penghormatan, di mana rekaan sebegini telah ditampilkan pada tahun 1902, di awal kemunculan kelab Real Madrid.

Bagi jersi 'away', Madrid memilih jersi kolar bulat berwarna ungu dengan tiga garis khas Adidas berwarna putih berada di atas bahu.



Warna ungu dipilih sebagai menghormati lima pemain di bawah bimbingan akademi Madrid iaitu Emilio Butragueno, Sanchis, Rafael Martin Vazquez, Michel dan Miguel Pardeza yang berjaya mendominasi bola sepak Sepanyol pada tahun 1980-an.

Selain itu Madrid juga mengumumkan perubahan nombor beberapa pemainnya.

Untuk musim 2016/2017, Dani Carvajal akan mengenakan nombor 2 (15), Raphael Varane nombor 5 (2), Fabio Coentrao nombor 15 (5) dan Lucas Vazquez nombor 17 (18).

Juara Liga Juara-Juara musim lalu ini juga mengumumkan nombor untuk Alvaro Morata. Penyerang yang dibawa pulang dari Juventus itu akan mengenakan jersi bernombor 21.

Artikel Sebelum

Barcelona Perkenal Kit Baharu

Artikel Berikut

Mohd Azrif Sah Milik JDT

Artikel Lain