JOSE Mourinho mencatatkan kemenangan pertama sebagai pengurus baharu Manchester United apabila pasukannya menang dalam perlawanan persahabatan pra-musim menentang Wigan Athletic pada Sabtu malam. Kemenangan selesa itu hasil dua jaringan pemain muda Will Keane dan Andreas Pereira dalam permainan di Stadium DW di Wigan, England. Penyerang Will Keane mencatatkan gol pertama Manchester United, disusuli Andreas Pereira sembilan minit kemudian.