suria

Derita Luke Shaw Berakhir

SELEPAS 10 bulan melalui detik sukar sebagai pemain bola sepak profesional, Luke Shaw akhirnya kembali di atas padang.

Pemain Manchester United berusia 21 tahun itu melalui cabaran ngeri selepas kakinya patah ketika menentang PSV Eindhoven dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

Bagaimanapun, pertahanan kiri itu kembali mengisi posisinya ketika United diuji dalam perlawanan persahabatan menentang Wigan pada Sabtu.

Lebih manis buat Shaw, dia menjadi pilihan utama Mourinho untuk berada di barisan pertahanan meskipun terdapat pemain lain.

"Saya berasa sangat baik. Selepas beberapa minggu menjalani latihan, semua sedang bersedia untuk perlawanan ini dan pastinya saya juga.

"Saya tidak tahu bagaimana untuk memberitahu, lapan bulan lalu adalah tempoh yang sangat mencabar sehingga saya dapat menjalani latihan semula.

"Bermula sekarang saya akan hanya memandang ke depan dan meneruskan apa yang telah saya lakukan sebelum ini.

"Saya tidak mahu ingatkan lagi kecederaan patah kaki ini," katanya kepada MUTV.

Manchester United

Artikel Lain