Anda akan berada di luar melihat orang ramai 'melekat' bersama telefon masing-masing dan cuba menangkap seberapa banyak Pokemon, tetapi Jose Mourinho nampaknya lebih suka jika pemain Manchester United tidak berada di kalangan kumpulan tersebut.
Jurulatih United yang baharu itu dilaporkan telah melarang pemainnya daripada menggunakan aplikasi permainan itu dalam tempoh dua hari sebelum perlawanan.
Dia mahu pemainnya memberi tumpuan sepenuhnya kepada taktik, tidak berlari di sekitar kawasan, cuba untuk menangkap Squirtle.
"Di Old Trafford, dia perlu membuat langkah dan tindakan dengan teliti. Satu-satunya perkara yang menjadi kebimbangannya adalah mengenai Pokémon di mana ia telah disuarakan kepada pemain-pemainnya.
"Dia berkata dalam masa 48 jam sebelum perlawanan, dia mahu semua pemainnya meninggalkan permainan itu dan menumpukan perhatian kepada taktik yang telah ditetapkan olehnya dan kakitangan beberapa hari sebelum perlawanan."
Ia semacam tidak masuk akal dan tiada siapa pun yang tahu bagaimana kesahihan 'sumber' itu, tetapi sebenarnya tidak begitu sukar untuk mempercayainya.