SADIO Mane mengesahkan bahawa dia telah menolak tawaran Manchester United demi menyertai Liverpool.
Mane yang menyertai Liverpool dengan nilai perpindahan sebanyak £30 juta dari Southampton pada Jun membuat keputusan berkenaan selepas menemui sendiri Jurgen Klopp.
Pemain kebangsaan Senegal itu hampir menyertai United pada Januari namun menukar hasratnya apabila memilih Liverpool.
"Saya mendapat banyak tawaran daripada kelab lain termasuk Manchester United, tetapi saya melihat Liverpool adalah pasukan yang tepat kerana memiliki jurulatih yang bagus.
"Saya rasa lebih baik jika ke Liverpool kerana ia sebuah kelab gergasi yang sarat dengan sejarahnya.
"Malah jurulatihnya juga mahukan khidmat saya dalam pasukan mereka," katanya.
Mane telah menjaringkan 25 gol daripada 75 penampilan bersama Southampton.
Penyerang itu juga berjaya menghasilkan 10 gol untuk skuad negaranya.