suria

Eric Bailly Dedah Sebab Tolak Tawaran Manchester City

PETAHANAN Manchester United, Eric Bailly mengakui menolak tawaran Manchester City kerana ingin  bersama Jose Mourinho.

Pertahanan tengah itu mendedahkan, dia pernah mendapat panggilan telefon daripada penolong Pep Guardiola untuk membawanya ke City pada musim ini.

Bagaimanapun jelasnya, layanan lebih istimewa diperolehi apabila Mourinho sendiri yang menghubunginya untuk berbincang mengenai perpindahan.

Bailly menyertai United dari Villareal dengan kontrak selama empat tahun.

Menurutnya, sebaik sahaja mendapat panggilan terus dari Mourinho dia telah membuat keputusan untuk memilih Manchester United dan menolak tawaran Manchester City.

"Mudah saja, saya bersama Manchester United kerana saya suka Mourinho. Saya ingin bermain dengan jurulatih yang bekerja keras.

"Saya tidak bercakap dengan Guardiola, tetapi penolong jurulatih yang menghubungai saya. Mourinho pula menghubungi saya sendiri.

"Dia berkata datang dan bermain bersama saya. Sebab lain saya memilih dia kerana Didier Drogba.

"Saya pernah bermain bersama Drogba di Ivory Coast. Dia seorang kawan yang baik. Dia juga beritahu saya "Jose lakukan ini untuk saya, Jose lakukan ini untuk saya."" katanya.

Bailly menambah, Yaya Toure pernah memintanya mewakili City tetapi apabila mendapat nasihat Drogba, dia memilih untuk sertai United.

Manchester United

Artikel Berikut

Artikel Lain