Skuad Selangor turun beraksi tanpa jurulatih utama mereka, Zainal Abidin Hassan yang dipecat Ahad lalu berikutan penampilan hambar pasukan sebelum ini.
Bagaimana pun hatrik pemain Liberia, Patrick Ronaldinho yang bermula dengan sepakan penalti selepas Andik Varmansyah dijatuhkan Matthew Davies pada minit ke-37.
Babak penguasaan Selangor berterusan pada separuh masa kedua dengan dua gol dari Ronaldinho (66',80').
Pungutan tiga mata penuh di laman sendiri ini meletakkan mereka kekal di tangga kedua kumpulan dengan tujuh mata, di belakang Kelantan yang kelebihan tiga mata sekaligus menjadi antara pasukan terawal mara ke suku akhir selain daripada Kedah, Felda United dan juga PDRM.
Manakala skuad Tok Gajah di tangga tercorot selepas mencatat tiga kekalahan.
Senarai pemain:
Selangor: Khairul Azam, Azmi Muslim, Saiful Ridzuan, Nazmi Faiz, Bunyamin Omar, Mohd Rizal, S.Subramaniam, Gopinathan, Patrick Ronaldinho,
S.Veenod.
Pahang: Helmi Eliza, Jailton de Carpos, Saifulnizam Miswan, Matthew Davis, Mohd Faisal Rosli, Faysal, Claudio, Salamon Raj, Kogileswaran, Pablo, Hilmi Husaini.