suria

Hak Malaysia Jadi Tuan Rumah Kongres FIFA 2017 Ditarik Balik

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menerima tamparan hebat apabila Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menarik hak Malaysia untuk menjadi tuan rumah Kongres FIFA 2017.

Keputusan itu dibuat susulan kegagalan FAM memberi jaminan terhadap semua deligasi dari setiap negara untuk memperolehi visa masuk ke Malaysia.

Difahamkan badan induk bola sepak negara itu sudah dimaklumkan FIFA mengenai perkara tersebut pada Selasa.

Namun usaha untuk mendapatkan komen FAM mengenai keputusan tersebut tidak berjaya.

Menurut sumber FAM, pihak pengurusan itu akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara tersebut selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM pada Isnin depan.

FIFA menganugerahkan hak penganjuran itu kepada Malaysia pada Disember 2013.

Antara alasan FIFA susulan pembatalan itu termasuk kesukaran yang mungkin dihadapi oleh delegasi negara tertentu seperti Israel.

Malaysia dan Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik dan rakyatnya tidak bebas memasuki kedua-dua negara itu.

Malaysia menganjurkan Kongres Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa pada tahun lalu dan menyambut kehadiran delegasi dari seluruh dunia.

Malah beberapa isu yang melanda badan induk bola sepak negara sejak kebelakangan ini khususnya dakwaan pembabitan rasuah melibatkan FAM oleh pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim antara yang dipercayai turut mempengaruhi keputusan FIFA.





FIFA, FAM, Kongres FIFA 2017

Artikel Lain