suria

Beregu Wanita, Beregu Campuran Mara Ke Suku Akhir

Pasangan beregu wanita negara, Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei mara ke suku akhir selepas menewaskan Poon Lok Yan-Tse Ying Suet 21-15, 21-13 dari Hong Kong. -fotoREUTERS
RIO DE JANEIRO: Pasangan beregu wanita negara, Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei mara ke suku akhir selepas meraih kemenangan kedua dalam peringkat kumpulan kejohanan badminton di Sukan Olimpik Rio di sini pada  Jumaat.

Pasangan negara itu menewaskan Poon Lok Yan-Tse Ying Suet 21-15, 21-13 dari Hong Kong dalam tempoh 36 minit dan akan bertemu nombor empat dunia dari Indonesia Niyta Krishinda Maheswari-Greysia Polli esok, bagi menentukan pemenang Kumpulan C.

Sementara itu, beregu campuran Chan Peng Soon/Goh Liu Ying juga mara ke suku akhir selepas mencatat kemenangan kedua mereka dalam Kumpulan C.

Pasangan negara itu menewaskan beregu Australia, Robin Middleton dan Leanne 21-17, 21-15 dalam 40 minit untuk layak ke peringkat suku akhir kalah mati.

Pasangan negara nombor 10 dunia itu akan menentang pilihan ketiga, Tontowi Ahmad dan Liyana Natsir dalam perlawanan akhir Kumpulan C, esok untuk menentukan pemenang kumpulan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain