ATLET judo Mesir, Islam El Shehaby menolak untuk bersalaman dengan wakil Israel pada Olimpik Rio. Meskipun tewas kepada peserta Israel iaitu Or Sasson, namun wakil Mesir tersebut tetap dengan pendirian untuk tidak menghiraukan kehadiran Israel. Ketegasan El Shehaby untuk tidak bersalaman pada permulaan permainan turut kekal hingga saingan tersebut ditamatkan. Sebelum perlawanan tersebut bermula, sebuah siaran televisyen Islam, Mataz Matar menggesa El Shehaby menarik diri daripada berdepan wakil Israel yang dianggap tidak diiktiraf. Atlet Mesir itu turut tidak melayan Persekutuan Judo Antarabangsa yang mahukan penjelasan berhubung insiden tersebut. Ketegasan yang dipamerkan El Shehaby turut mendapat pujian netizen termasuk bukan Islam dari seluruh dunia.