suria

Wayde Van Niekerk Pecah Rekod 17 Tahun Michael Johnson

Wayde van Niekerk. Foto AP

ATLET dari Afrika Selatan, Wayde van Niekerk berjaya memecah rekod juara dunia, Michael Johnson bagi larian 400 meter yang dipegang sejak Ogos 1999.

Pelari berusia 24 tahun itu berlari dalam masa 43.03 saat di Olimpik Rio di Rio de Janeiro, Brazil, mengatasi masa terbaik Johnson iaitu 43.18 saat.

"Saya tidak pernah melihat mana-mana seperti itu dari 200 meter ke 400 meter," kata Johnson.

"Ia sesuatu yang kalah teruk, dia mengalahkan mereka yang lain," katanya.

Pelari Amerika Syarikat (AS), LaShawn Merritt pula berkata: "Saya tidak boleh melakukan seperti itu."

"Van Niekerk terlalu muda, apa lagi yang dia boleh lakukan? Adakah dia boleh melakukannya di bawah 43 saat? Ia merupakan sesuatu yang saya fikir saya boleh melakukannya, tetapi pernah berbuat demikian. 

"Usain Bolt akan bersara tidak lama lagi. Dia (Van Niekerk) boleh menjadi bintang baharu untuk sukan ini." - Mail Online


Wayde van Niekerk, Olimpik Rio

Artikel Lain