suria

Schooling Disambut Meriah Sebaik Tiba Di Singapura

Perenang Joseph Isaac Schooling yang menang pingat emas pertama Singapura di Olimpik melayan peminat-peminat cilik yang menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang Changi, awal pagi Isnin. -fotoAP
SINGAPURA: Ketibaan 'anak emas' Singapura  Joseph Isaac Schooling di Lapangan Terbang Changi di sini memecah kesunyian awal pagi.

Dua jentera bomba memberikan penghormatan dengan melepaskan pancutan air ke udara untuk pemenang pingat emas Olimpik pertama itu, ketika pesawat bergerak perlahan di landasan selepas mendarat.

Perenang berusia 21-tahun itu tiba di Terminal 3 lapangan terbang itu dengan penerbangan SQ67 Singapore Airlines pada 5.30 pagi.

Sebaik Schooling tiba, Ketua Pegawai Eksekutif Changi Airport Group, Lee Seow Hiang, menghadiahkannya sebuah memento Changi yang unik, imej mesej tahniah Lapangan Terbang Changi yang disiarkan di media sosial pada 13 Ogos berikutan kejayaannya yang bersejarah.



Warga pertama Singapura yang memenangi pingat emas Olimpik itu menewaskan perenang terhebat dalam sejarah, Michael Phelps, kemudian maju ke hadapan memberi penghormatan kepada beratus-ratus peminat dan pegawai yang telah sedia berkumpul di Dewan Ketibaan untuk mengucapkan tahniah dan selamat pulang.

Lewat hari ini, Parlimen Singapura mengemukakan usul untuk secara formal mengiktiraf pencapaiannya di Sukan Olimpik Rio 2016, dengan kehadiran Schooling.

Schooling pada 13 Ogos, berada sesaat di hadapan perenang Amerika Michael Phelps, juga pujaannya, yang tamat pada 51.14s bersama pesaing Afrika Selatan Chad le Clos dan peserta Hungary Laszlo Cseh.

Peristiwa itu mencatatkan kemenangan pingat emas bersejarah buat Schooling dengan rekod baru Olimpik 50.39 saat untuk kuak kupu-kupu 100m.

Dalam pada itu, Majlis Angkatan Tentera menyampaikan satu lagi berita gembira buat Schooling, perenang pertama dari Asia Tenggara memenangi emas Olimpik, bahawa ia telah meluluskan permohonan Schooling untuk melanjutkan penangguhannya dan bagi beliau disenaraikan untuk Perkhidmatan Negara (NS) selepas Olimpik Tokyo 2020.

Artikel Lain