suria

Chong Wei Bersedia Turun Beraksi Di Gelanggang Utama

Datuk Lee Chong Wei
PETALING JAYA: Pemain perseorangan utama Malaysia Datuk Lee Chong Wei sudah bersedia untuk turun ke gelanggang menentang Chou Tien-Chen dari Chinese Taipei dalam perlawanan peringkat suku akhir Olimpik.

Kemenangan Chong Wei bakal menyuntik semangat tambahan dan menambah kegembiraan yang sedang dinikmati oleh rakan-rakan pemain badminton Malaysia yang lain di Sukan Olimpik Rio.

Sekiranya beliau memenangi perlawanan menentang Chou yang dijadualkan bermula pada pukul 7.30 malam Rabu, Chong Wei akan menentang pemenang perlawanan antara Lin Dan dari China dan Srikanth Kidambi dari India pada separuh akhir hari ini.

Satu lagi perlawanan suku akhir adalah perlawanan antara Rajiv Ouseph dari Great Britain dan Viktor Axelsen dari Denmark serta pemain China, Chen Long yang akan turun menentang Son Wan Ho dari Korea Selatan.

Chong Wei kalah kepada Lin Dan dalam perlawanan akhir Sukan Olimpik Beijing 2008 dan Sukan Olimpik London 2012, justeru beliau berharap dapat melakukan yang terbaik di Rio.

Bagaimanapun, Malaysia selangkah sahaja lagi akan marangkul dua pingat emas Sukan Olimpik dalam acara badminton dengan dua pasangan beregu telah menempah tempat di peringkat akhir, menjamin Malaysia mendapat sekurang-kurangnya dua pingat perak.

Beregu campuran Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying akan bertemu Tontowi Ahmad dan Liliyana Natsir dari Indonesia pada jam 11.30 malam dalam perlawanan akhir malam Rabu bagi merebut pingat emas yang ditawarkan.

Pasukan beregu lelaki Goh V Shem dan Tan Wee Kiong akan menentang pasangan China, Fu Haifeng dan Zhang Nan pada pukul 10.50 malam Jumaat dalam perlawanan akhir.

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia