suria

Bolt Menang Emas Acara 200m

Usain Bolt.

SASARAN pelari Jamaica, Usain Bolt untuk memenangi gelaran treble di Olimpik Rio 2016 hampir pasti dalam genggaman apabila beliau memenangi acara 200 meter pada pagi Jumaat.

Bolt menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 19.78 saat.

Pingat perak pula menjadi milik pelari Kanada, Andre de Grasse dengan 20.02 saat manakala Christophe Lemaitre meraih gangsa selepas menamatkan perlumbaan dengan 20.12 saat.

Pada Isnin lalu, Bolt memenangi pingat emas acara 100 meter dengan mengenepikan Justin Gatlin dari Amerika Syarikat (AS).

Kemenangan itu membolehkan Bolt menjadi atlet pertama memenangi tiga gelaran Olimpik berturut-turut dalam acara 100 meter.

Bolt, 29, menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 9.81 saat sekali gus mengulangi kejayaannya di Beijing pada 2008 dan London, empat tahun lalu.

Artikel Sebelum

Jadual Atlet Malaysia Di Rio

Artikel Berikut

Keputusan Liga Europa

Artikel Lain