suria

Bale Ledak Dua Gol Bantu Real Menang Bergaya

GARETH Bale menjaringkan dua gol untuk membantu Real Madrid memulakan aksi pembuka tirai La Liga Sepanyol dengan kemenangan 3-0 ke atas Real Sociedad.

Bale mengetuai Real yang mengharungi hari pertama liga tanpa khidmat pemain bintang, Cristiano Ronaldo dan beberapa tonggak utama.

Pemain tengah Real itu membuka jaringan awal pada minit kedua menerusi tandukan sebelum Marco Asensio menambah jaringan ketika perlawanan babak pertama hampir tamat.

Bale sekali lagi menjaringkan gol ketiga Real pada masa kecederaan.

"Dia (Bale) memulakan aksinya dengan cara paling baik, dengan pantas menjaringkan gol.

"Dia sudah beritahu bahawa musim ini amat penting buatnya dan dia sedang menunjukkan prestasi terbaiknya.

"Kami perlu memulakan saingan dengan baik," kata pengurus Real, Zinedine Zidane.

Kelab tetangga Real, Atletico Madrid pula sekadar seri 1-1 dengan Alaves.

Skuad bimbingan Diego Simeone mendominasi perlawanan, dengan dua percubaan menggegar palang Alaves.

Gol kedua-dua pasukan itu dijaringkan pada masa kecederaan.

Kevin Gameiro diramal akan memberikan Atletico kemenangan pada penampilan pertamanya menerusi penalti ketika tiga minit masa tambahan selepas Fernando Torres dikasari Victor Laguardia.

Namun pemain Alaves, Manu Garcia berjaya mengejutkan Atletico menerusi rembatan jarak jauh dua minit selepas itu sebelum wisel penamat dibunyikan.
La Liga, Real Madrid, Gareth Bale

Artikel Berikut

Artikel Lain