suria

Tunjuk Tanda Protes, Atlet Ethiopia Berdepan Hukuman Mati

Feyisha Lilesa menunjukkan tanda protes di garisan penamat.

PEMENANG pingat perak acara maraton lelaki Olimpik Rio 2016, Feyisha Lilesa bakal berdepan dengan hukuman mati kerana memaparkan sokongan untuk protes terhadap kerajaan di Ethiopia selepas dia melintasi garisan penamat.

Atlet berusia 26 tahun itu mengangkat tangan secara bersilang selepas menamatkan perlumbaan sebagai tanda sokongan kepada rakyat Oromo di Ethiopia yang berjuang untuk menyelamatkan tanah ladang mereka kerana kerajaan cuba untuk menjualnya.

Lilesa yang menamatkan perlumbaan dalam masa 2 jam 9 minit 54 saat meraih pingat perak selepas tewas dengan atlet Kenyan Eliud Kipchoge manakala pelari USA, Galen Rupp pula mendapat pingat gangsa.

Susulan dari tindakannya itu, kerajaan Ethiopia mengeluarkan kenyataan bahawa dia mungkin berdepan hukuman penjara atau mati.

"Kerajaan Ethiopia membunuh rakyat dan saya berdiri disni dengan melakukan bantahan di mana-mana sahaja kerana Oromo adalah suku kaum saya.

"Saudara-mara saya berada di dalam penjara dan jika mereka bercakap mengenai hak demokrasi, mereka sebenarnya pembunuh. Saya mengangkat tangan untuk menyokong protes Oromo itu.

"Buat masa ini, saya belum membuat sebarang keputusan tetapi saya mungkin akan berpindah ke negara lain," kata Lilesa.

Selain itu, jurucakap kerajaan Parlimen Persekutuan, Mulatu Teshome menolak kebimbangan pelari itu dan berkata atlet atau keluarganya tidak perlu bimbang jika dia pulang ke negara asalnya.

"Saya boleh memberi jaminan tiada apa yang akan berlaku kepada keluarganya dan juga dirinya," kata Menteri Komunikasi Ethiopia, Getachew Reda.

RIO, Ethiopia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain