DUA kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan Chelsea mara ke pusingan ketiga Piala Liga selepas masing-masing menewaskan pasukan lawan dalam perlawanan pusingan kedua, awal pagi Rabu. Liverpool yang berdepan dengan Burton Albion meraih kemenangan besar dengan keputusan 5-0. Babak pertama perlawanan diungguli oleh dua jaringan pemain Divock Origi pada minit ke-15, Roberto Firmino (22'). Tambahan tiga gol pada babak kedua menerusi aksi Tom Naylor (61') dan Daniel Sturridge (78', 83'). Sementara itu, di Stamford Bridge, Chelsea menang tipis ke atas Bristol Rovers dengan 3-2. Pemain Michy Batshuayi menjadi jaguh buat Chelsea selepas memberikan dua gol buat kelab itu pada minit ke-29 dan ke-41. Satu lagi jaringan dicatatkan oleh Victor Moses pada minit ke-31. Pasukan lawan, Bristol Rovers hanya mampu berpuas hati dengan dua gol menerusi jaringan Peter Hatley (34') dan Ellis Harrison menerusi tendangan penalti (48').