suria

Terbuka AS: Murray, Wawrinka Mula Aksi Di Athur Ashe

Andy Murray

JUARA Wimbledon, Andy Murray memulakan kempen untuk merangkul trofi Terbuka Amerika Syarikat (AS) buat kali kedua selepas 2012 apabila diundi berdepan dengan pemain Republik Czech, Lukas Rosol.

Murray yang kini dilihat berada di kemuncak prestasinya perlu berhati-hati dengan aksi Rosol yang pernah menyingkirkan Rafael Nadal di Wimbledon empat tahun lalu.

Dijangka turut menjadi perhatian pada perlawanan pertama di Athur Ashe itu ialah Stan Wawrinka yang tersingkir dalam saingan separuh akhir tahun lalu, bakal bertemu pemain berpengalaman Fernando Verdasco lewat Selasa malam.

Bintang tenis Jepun, Kei Nishikori berdepan dengan aksi sukar apabila diundi bertemu pemain yang mempunyai pukulan servis paling laju (220km/j), Benjamin Becker.

Sementara itu, juara enam kali Serena Williams memulakan saingan di gelanggang sendiri bertemu Ekaterina Makarova dari Rusia yang pertama kali layak ke pusingan pertama kejohanan ini.

Manakala kakaknya, Venus Williams yang menjuarai kejohanan ini pada tahun 2001 bertemu pemain Ukraine berusia 22 tahun yang pertama kali layak ke undian utama kejohanan ini, Kateryna Kozlova.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain