suria

Terbuka AS: Kerber, Monfils Langkah Kanan

Angelique Kerber.

PEMAIN Jerman, Angelique Kerber melangkah ke aksi separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas mencatatkan kemenangan straight set ke atas Roberta Vinci dari Itali.

Kerber menang 7-5 6-0.

Pemain berusia 29 tahun itu akan bertemu sama ada Caroline Wozniacki atau Anastaija Sevastova.

Dalam pertembungan kategori lelaki, Gael Monfils dari Perancis mengatasi Luvcas Pouille 6-4 6-3 6-3.

Monfils yang juga pemain pilihan ke-11 akan menentang sama ada rakan senegaranya, Jo-Wilfried Tsonga atau Novak Djokovic pada kelompok empat pemain terakhir.

Kerber kini dalam laluan cerah untuk merampas kedudukan No.1 dunia daripada Serena Williams pada akhir perlawanan ini.

Dia juga kini sedang memburu aksi final Grand Slam ketiganya pada 2016.

"Apabila saya masih kecil saya sentiasa impikan untuk menduduki ranking No.1 dunia.

"Mari kita lihat, maksud saya masih ada beberapa perlawanan perlu diharungi. Serena juga bermain dengan amat bagus sekali," kata Kerber.



Angelique Kerber, Terbuka AS

Artikel Sebelum

Ranieri Mahukan Macia

Artikel Lain