suria

F1: Mercedes Uji Tayar Pirelli Kali Pertama

PASUKAN Mercedes menjalani ujian tayar Pirelli yang akan digunakan pada saingan 2017 buat kali pertama di Paul Ricard.

Pelumbanya, Pascal Wehrlein menguji tayar Perelli di litar Perancis selama tiga hari.

Selain Mercedes, Kimi Raikkonen turut menguji tayar baharu itu dengan menggunakan jentera Ferrari yang diubahsuai di litar Barcelona.

Sebelum ini pengeluar tayar terkemuka itu juga turut menjalani ujian kepada pasukan Ferrari di Fiorano dan Red Bull di Mugello awal Ogos lalu.

"Masih banyak lagi ujian yang perlu dibuat berdasarkan profil, struktur dan material peringkat awal yang memerlukan beberapa pengubahsuaian," ujar Pengarah Pirelli, Paul Hembery.

"Ujian pertama ini amat penting bagi kami untuk memastikan kesempurnaan sebaik sahaja tiba masanya".

Sementara itu, Sebastian Vettel bakal mengambil alih tempat Raikkonen pada Rabu bagi meneruskan ujian tayar tersebut dan Wehrlein akan meneruskan untuk Mercedes pada Khamis.

Pirelli, Tayar F1 2017

Artikel Sebelum

Artikel Lain