ALEXIS Sanchez menjadi penyelamat buat Arsenal biarpun agak lewat menjaringkan gol dalam perlawanan peringkat Kumpulan A Liga Juara-Juara ketika menentang Paris Saint Germain (PSG), awal pagi Rabu.
Walaupun kedua-dua pasukan menamatkan permainan di Stadium Parc des Princes di Paris dengan skor berimbang 1-1, tetapi PSG pantas melakukan gol pembukaan pada minit pertama.
Gol sepantas 'kilat' itu menerusi aksi Edinson Cavani.
Bagaimanapun, sepanjang perlawanan skor 1-0 PSG dari babak pertama sehingga kedua masih tidak berubah.
PSG dilihat banyak melepaskan peluang keemasan sebagai pasukan tuan rumah.
Mengikat seri 1-1, Arsenal berjaya diselamatkan oleh jaringan Sanchez, yang hanya dapat dilakukan pada minit ke-78.