suria

Manchester United Berusaha Dapatkan Paul Pogba Sejak 2014 - Mino Raiola

URUSAN perpindahan Paul Pogba ke Manchester United telah dimulakan sejak dua tahun lalu sebelum berjaya dimuktamadkan pada awal musim Liga Perdana Inggeris lalu.

United telah membelanjakan sebanyak £89 juta untuk membawa semula bekas pemainnya dan Mino Raiola mengesahkan kelab itu mula menghubunginya pada 2014.

Jelas ejen Pogba itu, pemain Perancis berkenaan turut diminati oleh Real Madrid, namun Pogba menolak untuk ke kelab yang mudah untuk mendapatkannya.

"United mula berurusan dengan kami sejak dua tahun lalu.

"Kelab itu telah mendapatkan Sergio Romero melalui saya dan urusan mengenai Pogba masih berjalan.

"Saya tahu mereka mempunyai minat, saya telah memberitahu Juventus, tetapi mereka Juventus berusaha untuk Liga Juara-Juara Eropah.

"Sejak itu saya berusaha untuk mengeluarkan Pogba. Kami mendapat dua tawaran dari kelab Liga Perdana Inggeris dan dua pasukan daripada liga terbesar di Eropah," katanya kepada Daily mail.

Tambahnya, Pogba turut memberitahu bahawa hatinya masih bersama United ketika Jose Mourinho memujuknya untuk ke Chlesea sebelum ini.

Jelasnya, bagaimanapun apabila United dan Mourinho bersatu, Pogba mempunyai pilihan terbaik untuk membuat keputusan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain