suria

Rosberg Tawan Litar Marina Bay

PEMANDU Mercedes, Nico Rosberg mencatat kemenangan pertamanya di Grand Prix (GP) Singapura malam Ahad.

Kemenangan itu membolehkan Rosberg menyamai pencapaian rakan sepasukannya, Lewis Hamilton yang pernah menawan Litar Marina Bay pada 2014.

Lebih manis, kejayaan Rosberg pada perlumbaan waktu malam itu turut membolehkan dirinya mengambilalih kedudukan pendahulu yang sebelum ini dikuasai Hamilton dengan mengutip 273 mata.

Hamilton pula turun ke tangga kedua dengan mengumpul 265 mata keseluruhan, hanya dibezakan lapan mata daripada rakan sepasukannya itu.

Rosberg dari Jerman menamatkan perlumbaan dengan catatan 1 jam 55 minit 48.950 saat (s) manakala Daniel Ricciardo dari pasukan Red Bull Racing Tag Heuer di tempat kedua, ketinggalan 0.488s.

Hamilton pula berada di tempat ketiga, ketinggalan 8.038s di belakang Rosberg manakala pemandu Ferrari, Kimi Raikkonen keempat.

Pemenang di Litar Marina Bay musim lalu yang juga rakan sepasukan Raikkonen, Sebastian Vettel pula menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima.

"Saya menikmati minggu yang baik di sini, Daniel cuba memberi saingan namun perlumbaan hari ini sangat menggembirakan kami," kata Rosberg.

Keputusan penuh F1 GP Singapura: 

1. Nico Rosberg (GER/Mercedes-AMG) 308.828km 1 jam 55min 48.950 saat  

2. Daniel Ricciardo (AUS/Red Bull) (ketinggalan) 0.488s  

 3. Lewis Hamilton (GBR/Mercedes-AMG) 8.038s  

4. Kimi Raikkonen (FIN/Ferrari) 10.219s  

5. Sebastian Vettel (GER/Ferrari) 27.694s 

6. Max Verstappen (NED/Red Bull) 1:11.197 

7. Fernando Alonso (ESP/McLaren-Honda) 1:29.198  

8. Sergio Perez (MEX/Force India) 1:51.062 

9. Daniil Kvyat (RUS/Toro Rosso) 1:51.557 

10. Kevin Magnussen (DEN/Renault) 1:59.952

Nico Rosberg, F1, GP Singapura

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain