suria

Hari Penuh Bermakna Buat Atlet Paralimpik

Atlet Paralimpik negara Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (belakang,kiri), Abdul Latif Romly (depan,kiri), Siti Noor Radiah Ismail (depan,dua kiri) dan Muhammad Ziyad Zolkefli (dua,kanan) tersenyum riang meraikan kemenangan mereka di Sukan Paralimpik Rio 2016 baru-baru ini bersama orang ramai di Menara Berkembar Petronas pada Khamis. Turut kelihatan Ketua Kontinjen Paralimpik negara, Dr. Ang Kean Koo (kanan). Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Hampir sebulan berjauhan dengan ahli keluarga serta orang tersayang, akhirnya atlet-atlet paralimpik yang beraksi pada Sukan Paralimpik di Rio, Brazil kembali berpeluang duduk semeja.

Ia berlaku pada acara akhir sambutan meriah kontinjen paralimpik negara yang tiba di KLIA pada Khamis petang.

Selepas Paralimpian dibawa berarak sekitar ibu kota Kuala Lumpur dengan menaiki bas hop-on-hop-off sejurus selesai sambutan di Kompleks Bunga Raya, atlet istimewa itu dibawa ke Dewan Filharmonik, KLCC dan Pavillion sebelum berakhir di Pusat Kecemerlangan Paralimpik di Kampung Pandan, di sini.

Ketibaan mereka disambut hampir 500 orang diikuti solat maghrib dan doa kesyukuran pencapaian cemerlang kontinjen negara di Brazil baru-baru ini.

Turut hadir bagi memeriahkan majlis pada Khamis malam adalah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bersama isterinya, Tun Jeanne Abdullah yang juga merupakan penaung Paralimpik Malaysia.

Artikel Sebelum

Keputusan La Liga

Artikel Berikut

Artikel Lain