suria

Real Seri Lagi, Barca Pesta Gol

Reaksi kecewa Ronaldo ketika meninggalkan padang.

USAHA Real Madrid untuk mengutip tiga mata penuh buat kali kedua minggu ini tidak kesampaian apabila terikat seri 2-2 dengan Las Palmas.

Terdahulu, pasukan kendalian pengurus Zinedine Zidane itu turut diikat Villareal 1-1 pada Rabu lalu.

Ini bermaksud Real melepaskan empat mata dalam dua perlawanan La Liga terdahulu mereka.

Susulan itu, Zidane kini perlu lebih teliti dalam strategi penggiliran pemain selepas ini.

Zidane turut membuat keputusan mengejut apabila merehatkan Cristiano Ronaldo ketika perlawanan masih berbaki 15 minit lagi.

Pemain kebangsaan itu dilihat masih belum cergas sepenuhnya tetapi tidak gembira dengan keputusan Zidane meletakkannya di bangku simpanan.

Dalam perlawanan berasingan, Barcelona menewaskan Sporting Gijon 5-0 pada aksi pertama tanpa pemain bintangnya, Lionel Messi musim ini.



Luis Suarez dan Rafinha masing-masing menjaringkan gol pada babak pertama.

Lebih dramatik, Barca melengkapkan tiga gol pada saat akhir dalam masa tujuh minit sebelum tamat perlawanan termasuk dua gol dijaringkan Neymar dan satu menerusi tandukan kemas Arda Turan yang menggegar gawang lawan.

Barca kini menduduki tempat kedua di bawah peneraju liga, Real dengan mengutip 13 mata. 

Kedua-dua kelab gergasi Sepanyol itu hanya dibeza dengan satu mata sahaja.

Real Madrid, Barcelona, La Liga

Artikel Sebelum

Marquez Sambar Petak Pertama

Artikel Berikut

Arsenal Belasah Chelsea 3-0

Artikel Lain