suria

Regu Negara Kecundang Di Korea

PETALING JAYA: Cabaran Malaysia di Terbuka Korea berakhir pada Sabtu apabila dua pasangan regu badminton negara gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir.

Pasangan regu campuran, Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying sekali lagi gagal menghapuskan badi kekalahan kepada pasangan regu nombor satu dunia, Ko Sung Yung dan Kim Hana apabila tewas dalam set penentuan 15-21, 21-14, 21-15 selepas bertarung selama 55 minit.

Kekalahan kepada regu campuran tuan rumah itu merupakan yang kedua berturut-turut selepas Peng Soon dan Liu Ying mengalami nasib sama pada Terbuka Jepun, minggu lalu di peringkat separuh akhir.

Keputusan yang sama turut dicatatkan oleh regu lelaki utama negara,Tan Wee Kiong dan Goh V Shem apabila hasrat mereka untuk mara ke perlawanan akhir disekat oleh pasangan regu China, Junhui Li dan Yuchen Liu yang berada di ranking ke tujuh dunia.

Pasangan negara yang menduduki ranking kelima dunia, tewas menerusi set penentuan 18-21, 21-15, 21-13 dalam aksi yang berlangsung selama 51 minit itu.

Badminton, Terbuka Korea

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain