suria

Jerman Langkah Kanan

Mueller (kiri) meraikan kejayaan menyumbat gol untuk Jerman bagi mencatat kemenangan 3-0 ketika menentang Republik Czech untuk kempen kelayakan Piala Dunia.

HAMBURG: Pengendali Jerman, Joachim Loew berpuas hati dengan aksi skuad negara itu apabila menundukkan Republik Czech 3-0, sekali gus mencatatkan rekod permulaan yang baik pada kempen kelayakan Piala Dunia.

"Kami boleh gembira dengan kemenangan ini dan kami menempuh perlawanan yang bagus.

"Selepas 60 minit anda boleh melihat pelawat kehilangan arah dan tidak mencipta sebarang peluang. 

"Kami mengambil serius mengenai dua perlawanan ini (menentang Republik Czech dan Ireland Utara), kami boleh menjaringkan lebih banyak gol, tetapi kami menampilkan persembahan yang sangat mantap," katanya.

Pada perlawanan itu, penyerang Jerman, Thomas Mueller meledak dua gol sebelum Toni Kroos menambah derita Czech dengan rembatan menarik sejurus babak kedua bersambung.

Mueller kemudian meledak jaringan ketiga Jerman dengan jaringan terbaik dalam perlawanan itu ketika pertengahan babak kedua untuk melengkapkan malam yang hebat buat juara dunia itu.

Pencapaian itu membolehkan Jerman kini mengutip enam mata penuh menjelang aksi kelayakan Selasa ini, menentang Ireland Utara, yang menewaskan San Marino 4-0 di Belfast.

Kemenangan itu turut membolehkan Jerman unggul dalam Kumpulan C berdasarkan kelebihan gol ke atas Azerbaijan yang kini hampir mengesahkan laluan ke Piala Dunia Russia 2018. - AFP

Thomas Mueller, Jerman, Piala Dunia

Artikel Berikut

Artikel Lain