suria

PPBN Bakal Bergabung Dengan FAM

Lim Teong Kim

PETALING JAYA: Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) dalam proses penstrukturan baharu apabila bakal bergabung dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dari segi teknikal dan pembangunan belia.

Penstrukturan itu turut melibatkan jawatan Lim Teong Kim yang merupakan Pengarah PPBN ketika ini selepas bekas jurulatih remaja Bayern Munich itu menandatangani kontrak baharu.

Pengarah Kanan PPBN, Safirul Abu Bakar berkata, pihaknya telah mendapat persetujuan daripada Teong Kim mengenai kontrak sambungan namun ia masih belum ditandatangan.

"Teong Kim sudah maklum bahawa kontrak sambungannya nanti akan beberapa perkara lain yang berkemungkinan besar dia akan memegang dua jawatan kerana kini kami dalam perbincangan bersama FAM untuk bergabung dengan PPBN di bahagian belia dan teknikal.

"Dan langkah baharu ini akan menyaksikan kebanyakkan pegawai di PPBN termasuk Teong Kim akan ada jawatan lain. Contohnya, dia akan memegang jawatan sebagai Pengarah Akademi Bola Sepak Mokhtar Dahari bagi pasukan elit dan di FAM selaku ketua bahagian remaja elit. 

Safirul Abu Bakar


"Teong Kim akan dimaklumkan mengenai perkara ini dengan lebih jelas selepas dia kembali daripada bercuti dan keputusan untuk menyambung kontrak baharu itu di tangannya," jelas Safirul ketika ditemui pada Selasa.

Dalam pada itu, Safirul mengakui penstrukrutan semula ini adalah langkah bagi menambah baik program pembangunan dari segi kelancaran tugas kepada pegawai-pegawai yang dilantik serta dalam masa sama dapat memberi fokus yang lebih teratur terhadap skuad-skuad belia.

"Bagi memastikan PPBN bertambah baik, kami juga telah melantik tiga jurulatih berpengalaman yang baharu untuk memantau skuad-skuad muda di seluruh negeri sekaligus membantu tugas-tugas yang dipikul Teong Kim sebelum ini.

"Kita sedar tugas sebagai pengarah adalah berat dan dengan adanya tiga jurulatih baharu ini mereka boleh memantau falsafah PPBN di setiap negeri sekali gus membolehkan Teong Kim memberi fokus hanya kepada skuad elit Bawah 13 dan Bawah 14 Tahun.

"Cuma tugas spesifik  ketiga-tiga jurulatih itu (sama ada uruskan skuad B13 atau B14) hanya akan dibincangkan bersama Teong Kim selepas ini," tambahnya.

Dalam pada itu, kontrak baharu Teong Kim berakhir bulan ini dan dijangka disambung sehingga kejohanan Piala Dunia 2019.

"Minimum kontrak selama tiga tahun, tetapi mungkin kontraknya hingga skuad  muda negara layak ke Piala Dunia 2019," katanya.

Tiga jurulatih baharu PPBN merupakan bekas pengendali skuad Bawah 15 Tahun Paris Saint-Germain (PSG), Saad Ichalalene; bekas pengurus FC Twenty (Belanda) B19 Tahun Abdi Hassan dan Franck Plaine yang merupakan jurulatih kelab Akademi Aspire, Qatar.

PPBN, FAM, Lim Teong Kim

Artikel Lain