suria

Javier Mascherano Lanjut Kontrak Di Barcelona

Javier Mascherano. Foto Reuters

JAVIER Mascherano melanjutkan kontraknya bersama Barcelona sehingga musim panas 2019.

Pemain pertahanan kelahiran Argentina itu bersetuju untuk menyambung kontraknya dengan memeterainya secara rasmi bersama presiden kelab, Josep Maria Bartomeu pada Isnin.

Mascherano membuat 290 kemunculan buat Barcelona selepas menyertai kelab itu dari Liverpool sejak enam tahun lalu.

Sepanjang tempoh itu, terdapat 17 trofi yang dimenangi, antaranya ialah empat gelaran La Liga Sepanyol, tiga Piala Sepanyol, dua Liga Juara-Juara dan dua Piala Dunia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kelab itu: "Javier Mascherano telah meterai lanjutan kontraknya bersama Barcelona, sehingga 30 Jun 2019." 

Sebelum ini, Mascherano dikhabarkan mahu berhijrah dari Nou Camp pada musim panas. Beliau dikatakan mahu menyertai kelab gergasi Itali, Juventus. 

Bagaimanapun perjanjian lanjutan kontrak tersebut menyaksikan komited pemain berusia 32 tahun itu mengenai masa depannya di Barcelona. - Mail Online




Artikel Lain