suria

Seri Bertemu Liverpool, Mourinho Pertahan Taktik

PENGURUS Manchester United Jose Mourinho pertahankan taktik yang digunakan ketika sekadar mencatat keputusan seri dengan Liverpool yang lebih banyak mendominasikan permainan.

Aksi cemerlang David de Gea menyelamatkan dua percubaan berbahaya Philippe Coutinho dan Emre Can sudah cukup memberi nafas lega kepada Mourinho.

United hanya mencatat 35 peratus penguasaan bola, sekali gus pengiraan terendah mereka dalam Liga Perdana Inggeris sejak sistem pengiraan statistik, Opta mula diperkenalkan beberapa tahun sebelum Sir Alex Ferguson bersara dari membimbing kelab itu.

Bagaimanapun rekod statistik itu tidak dipedulikan oleh Mourinho, sebaliknya dia memberi alasan yang kukuh atas keputusan seri tersebut.

"Bagi saya keputusan (seri) boleh diterima walaupun kami mahu lebih daripada itu.

"Sepanjang tempoh perlawanan, kami berusaha mencari gol tetapi gagal kerana tanpa gol anda tidak akan menang. Tetapi saya percaya keputusan ini merupakan petunjuk yang positif.

"Musim lalu United menang di sini. Liverpool mempunyai 14 peluang gol dan United hanya satu sahaja," jelas pengurus kelahiran Portugal itu.

"Berapa percubaan tepat ke arah gol yang dimiliki Liverpool? Dua (statistik menunjukkan tiga percubaan).

"Dua percubaan tepat dengan 65 peratus penguasaan bola. Kamu perlu mengkritik Liverpool. Itu masalah mereka, bukan kami."

Artikel Berikut

Artikel Lain