LIONEL Messi bakal kembali bersama skuad Argentina menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia bertemu Brazil dan Colombia November ini. Bintang Barcelona itu terlepas tiga aksi kebangsaan sebelum ini kerana mengalami kecederaan yang menyaksikan pasukannya ketinggalan lima mata dengan pendahulu kumpulan. Pada Jumaat, Messi disenaraikan dalam skuad Edgardo Bauza bersama 25 pemain lain dan bakal mengetuai pasukan Argentina bertemu Brazil di Belo Horizonte pada 10 November dan Colombia di San Juan lima hari selepas itu. Kedudukan Argentina kini di tangga kelima dalam kumpulan Amerika Selatan selepas kalah mengejut 1-0 kepada Paraguay dan seri 2-2 ke atas Peru dan Venezuela, tanpa kehadiran Messi. Mereka mengumpul 16 mata daripada 10 perlawanan, ketinggalan lima mata kepada Brazil selaku di tempat teratas, diikuti Uruguay (20), Ecuador dan Colombia dengan 17 mata. Empat pasukan teratas kumpulan akan layak ke aksi akhir Piala Dunia di Rusia 2018. Senarai pemain Argentina: Argentina squadPenjaga gol: Sergio Romero (Manchester United), Nahuel Guzman (UANL Tigres), Geronimo Rulli (Real Sociedad) Pemain pertahanan: Facundo Roncaglia (Celta Vigo), Mateo Musacchio (Villarreal), Ramiro Funes Mori (Everton), Martin Demichelis (Espanyol), Pablo Zabaleta, Nicolas Otamendi (Manchester City), Gabriel Mercado (Sevilla), Julio Buffarini (Sao Paulo), Emmanuel Mas (San Lorenzo) Pemain tengah: Javier Mascherano (Barcelona), Lucas Biglia (Lazio), Guido Pizarro (UANL Tigres), Nicolas Gaitan (Atletico Madrid), Ever Banega (Inter Milan), Angel Di Maria (Paris St Germain), Enzo Perez (Valencia), Marcos Acuna (Racing Club) Penyerang: Lionel Messi (Barcelona), Angel Correa (Atletico Madrid), Lucas Pratto (Atletico Mineiro), Sergio Aguero (Manchester City), Paulo Dybala, Gonzalo Higuain (Juventus)