suria

La Liga: Real Madrid Terus Unggul, Prestasi Ronaldo Merosot

Aksi Cristiano Ronaldo (tengah) ketika berdepan dengan penjaga gol Athletic Bilbao, Gorka Iraizoz (kiri) pada perlawanan La Liga Sepanyol di Santiago Bernabeu, Ahad malam. Foto AFP

REAL Madrid terus unggul dalam La Liga Sepanyol apabila menewaskan Athletic Bilbao dengan 2-1 di Santiago Bernabeu pada Ahad malam.

Kemenangan itu memberikan tambahan tiga mata buat kelab di bawah pengurus Zinedine Zidane memperoleh tiga mata dalam kedudukan liga.

Bagaimanapun, bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo terus mencatatkan prestasi buruk tanpa sebarang jaringan.

Dua gol Real Madrid adalah hasil jaringan pemain Karim Benzema pada minit ke-7 dan Alvaro Morata (83'), manakala gol tunggal Athletic oleh Sabin Merino (27').

Ronaldo gagal mencatatkan namanya di papan skor kali ini, termasuk tiga lagi perlawanan sebelum ini.

Lebih dikenali sebagai CR7, beliau juga tidak memberikan sebarang gol sewaktu Real Madrid menentang Villarreal, Eibar dan Legia Warszawa.

Dalam perlawanan kali ini, Ronaldo mendapat peluang keemasan untuk mencatatkan gol pada akhir babak pertama.

Bagaimanapun sepakan lemah kapten skuad kebangsaan Portugal itu dengan mudah diatasi oleh penjaga gol lawan, Gorka Iraizoz.

Menerusi babak kedua, Ronaldo nyaris untuk menambah mata buat pasukkannya tetapi ia sekali lagi digagalkan oleh Iraizoz.

Real Madrid terus berada di kedudukan teratas La Liga Sepanyol dengan 21 mata, manakala Athletic di tangga ke-6 dengan 15 mata.



Artikel Lain