suria

Ballon d'Or: Vardy, Mahrez Disenarai Pendek

Vardy dan Mahrez.

BINTANG Leicester City, Jamie Vardy dan Riyad Mahrez dinamakan dalam senarai pendek penerima anugerah pemain terbaik dunia, Ballon d'Or 2016.

Pemain Real Madrid Gareth Bale, tonggak utama Manchester United Zlatan Ibrahimovic dan Paul Pogba dan Kevin de Bruyne serta Sergio Aguero dari Manchester City turut disenarai pendek.

Beberapa pemain Liga Perdana Inggeris antaranya pemain tengah West Ham, Dimitri Payet dan penjaga gol Tottenham Hugo Lloris turut disenaraikan.

Seperti kebiasaannya, bintang Real Madrid Cristiano Ronaldo dan penyerang Barcelona Lionel Messi akan bersaing merebut gelaran terbaik dunia itu.

Messi merangkul anugerah kelimanya pada 2015 manakala Ronaldo dipilih sebagai pemain terbaik dunia sebanyak tiga kali iaitu pada 2014, 2013 dan 2008.

Vardy disenarai pendek selepas mengambil kira pencapaiannya dalam membantu Leicester menjulang trofi Liga Perdana Inggeris musim lalu.

Majalah France Football mendedahkan 30 nama yang disenarai pendek itu pada Isnin.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menamatkan kerjasama dengan majalah tersebut untuk anugerah berkenaan pada September.

Anugerah itu diadakan setiap tahun oleh majalah France Football sejak 1956.

Namun sejak enam tahun lalu ia dinamakan sebagai FIFA Ballon d'Or kerana kerjasama dengan badan pentadbir bola sepak dunia itu.





Jamie Vardy, Ballon d'Or

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Boon Heong Akhiri Zaman Bujang

Artikel Lain