Pemain perseorangan profesional negara Zulfadli Zulkiffli yang berjaya melepasi halangan di pusingan kelayakan, gagal meneruskan rentak cemerlang apabila tewas kepada pemain pilihan keenam dari Korea Selatan Son Wan Ho pada pusingan kedua.
Bekas juara remaja dunia itu ternyata gagal menyaingi pengalaman yang dimiliki pemain yang berada di ranking keenam dunia dan akur dengan kekalahan 15-21, 14-21 dalam pertarungan selama 44 minit itu.
Sementara itu, gandingan beregu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mengheret perlawanan sehingga ke set penentuan sebelum tunduk kepada pilihan kedua dari Indonesia, Praveen Jordan-Debby Susanto.
Bagaimanapun, beregu yang berada di ranking ke-14 dunia itu, terpaksa akur kepada pasangan Indonesia apabila tewas di set penentuan 16-21.