suria

Dua Gol Saat Akhir Sepanyol, England Seri 2-2

Jamie Vardy (tengah) dan Raheem Sterling melakukan aksi cabaran 'patung mannequin' selepas menjaringkan gol buat England dalam perlawanan persahabatan antarabangsa ketika menentang Sepanyol di Wembley, awal pagi Rabu. Foto AP

PASUKAN England terikat seri 2-2 ketika menentang Sepanyol dalam perlawanan persahabatan antarabangsa, awal pagi Rabu.

Dengan dua gol pertama, para pemain England meraikan jaringan menerusi aksi cabaran 'Patung Mannequin'.

Ia merupakan adalah melakukan aksi seperti patung, bergaya dalam sesuatu tempoh tanpa bergerak, tidak kira di mana anda berada, atau apa yang anda lakukan.

England melakukan aksi berkenaan selepas gol kedua mereka, hasil jaringan Jamie Vardy.

Kebanyakan pemain skuad kebangsaan itu melakukan aksi tersebut.

Bagaimanapun kegembiaraan mereka tidak lama apabila dua gol Sepanyol pada lima minit terakhir permainan menghakis impian England untuk mencatatkan malam bersejarah di Wembley.

Adam Lallana memberikan gol pembukaan pada sembilan minit pertama, diikuti Jamie Vardy (48').

Dua gol saat akhir Sepanyol pula menerusi jaringan Iago Aspas (89') dan Isco pada masa kecederaan (90'+5'). 




Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan