suria

Sabah Titik Berat Pembangunan Sukan Badminton

Tawfiq Abu Bakar Titingan bergambar bersama peserta yang mengikuti latihan badminton selepas merasmikan program pencarian bakat atlet dan klinik sukan badminton di Dewan Akademi Badminton Tawau (TBA), Sabtu.

TAWAU:  Kerajaan Sabah menitikberatkan pembangunan sukan badminton memandangkan ia merupakan antara sukan teras yang berupaya memartabatkan nama negeri dan negara di peringkat antarabangsa.

Sehubungan itu, Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu BakarTitingan berkata pihaknya sentiasa peka terhadap penambahbaikan keperluan pusat latihan badminton termasuk penggunaan peralatan gimnasium di negeri itu.

"Namun kemudahan lengkap yang disediakan di akademi badminton tidak bererti sekiranya tiada pengguna atau Sabah tidak mampu melahirkan pelatih berwibawa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program pencarian bakat atlet danklinik badminton, sekali gus menyerahkan sumbangan peralatan gimnasium di Dewan Akademi Badminton Tawau (TBA) di sini, hari ini. 

Dalam pada itu, Tawfiq berkata sumbangan peralatan gimnasium itu diharap dapat membantu TBA melahirkan atlet berwibawa, seterusnya menempah nama dalam arena sukan antarabangsa.

"Kita harap ia mampu membantu melahirkan atlet seperti Tan Wee Kiong padamasa akan datang," katanya yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Apas

Sementara itu, Tawfiq berkata pihaknya menerusi Majlis Sukan Negeri bersama beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) telah mengusahakan program pencarian bakat dengan menyasarkan golongan umur 12 hingga 15 tahun.

"Melalui pencarian itu, sekiranya atlet yang dikenal pasti berpotensi, diabakal diserap sebagai pelatih di TBA.

"Saya berharap atlet terpilih berusaha gigih di bawah pimpinan jurulatih TBA untuk menempatkan diri dalam skuad pelapis pemain Sabah," katanya.

Menurut Tawfiq, setakat ini terdapat lebih 100 pelajar sekolah rendah dan menengah berlatih di TBA. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain