suria

Piala AFF: Vietnam Kejutkan Myanmar

YANGON: Juara 2008, Vietnam mengejutkan Myanmar 2-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan B pada Kejohanan Bola Sepak Piala AFF Suzuki 2016 di Stadium Thuwunna, di sini pada Ahad.

Kemenangan itu bagaimanapun belum cukup bagi skuad "Golden Stars" itu untuk memintas Malaysia yang masih mendahului carta kedudukan pasukan dengan kelebihan gol berikutan kemenangan 3-2 ke atas Kemboja dalam satu lagi aksi kumpulan B sebelumnya di venue yang sama.

Dalam perlawanan hari ini, penyerang veteran Vietnam, Le Cong Vinh muncul wira bagi pasukan pelawat itu apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-80.

Sebelumnya, kedua-dua pasukan terikat 1-1 dengan Vietnam mendahului melalui  Nguyen Van pada minit ke-24 sebelum Aung Thu menyamakan kedudukan pada minit ke-73.

Sementara itu, Myanmar akan bertemu Kemboja sementara Vietnam dijangka menentang Malaysia dalam aksi kedua kumpulan pada Rabu.

Piala AFF Suzuki

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain