suria

F1: Hamilton-Rosberg Berebut Gelaran Dunia Di Abu Dhabi

Rosberg (kiri) dan Hamilton.

PERLUMBAAN pusingan akhir Formula Satu (F1) musim 2016 di Abu Dhabi hujung minggu ini dijangka menjadi tarikan apabila persaingan merebut takhta juara dunia akan terjawab di Litar Yas Marina.

Setakat ini, di atas kertas pelumba Mercedes, Nico Rosberg sedang mendahului kedudukan teratas keseluruhan pelumba dengan jumlah 367 mata.

Namun jumlah itu belum cukup selesa buat pemandu kelahiran Jerman ini memandangkan rakan sepasukannya, yang juga juara bertahan Lewis Hamilton dilihat seperti 'singa lapar' untuk mengambil alih kedudukan tersebut.

Hamilton, juara dunia bagi tahun 2008,2014 dan 2015 hanya ketinggalan 12 mata untuk berada di tempat kedua. 

Hamilton kembali menguasai tiga perlumbaan terakhir musim ini.


Selepas gagal mempertahanan trofi juara sejak Pusingan 12 di GP Belgium (tempat ke-3), GP Itali (kedua) GP Singapura (ketiga), GP Malaysia (tarik diri) dan GP Jepun (ketiga), Hamilton dilihat seolah-olah sudah tidak berpeluang lagi untuk memintas Rosberg yang ketika itu lebih konsisten meraih  tempat pertama.

Malah rata-rata sudah membuat jangkaan awal bahawa musim ini gelaran juara dunia sudah menjadi milik Rosberg termasuk Hamilton meletakkan harapan 50-50 untuk perebutan juara dunia musim ini.

Bagaimanapun, pelumba Britain berusia 31 tahun ini kembali mengaum menjulang trofi kemenangan pada tiga perlumbaan terakhir iaitu di GP Amerika Syarikat, GP Mexico dan GP Brazil.

Kemenangan tiga kali berturut-turut itu menyaksikan Hamilton menghampiri Rosberg dan penentuan juara keseluruhan bakal terjawab di Abu Dhabi.

Rosberg perlu menguasai kedudukan tiga teratas pada pusingan akhir F1 sekiranya mahu bergelar juara dunia.

Sekiranya, Rosberg,31, berjaya menamatkan perlumbaan terakhir dalam kedudukan tiga terbaik, dia berpeluang untuk dinobatkan sebagai juara dunia buat kali pertama.

Sehingga kini, keputusan kemenangan tempat pertama di antara Hamilton dan Rosberg adalah seri dengan sembilan kemenangan keseluruhan.

Menurut Hamilton, apa sahaja yang berlaku hujung minggu ini, dia tetap berbangga dengan pencapaian cemerlang pasukan musim ini.

"Kamu tidak akan tahu apa yang bakal terjadi nanti. Saya tetap bangga dengan pencapaian dan telah memberi yang terbaik.

"Musim ini bukanlah yang terbaik buat saya. Namun saya tidak akan mengalah," ujarnya kepada Eurosport sebelum ini.


Rekod kemenangan musim ini:

Hamilton (355 mata): GP Monaco, GP Kanada, GP Austria, GP British, GP Hungary, GP Jerman, GP USA, GP Mexico, GP Brazil

Rosberg (367 mata): GP Australia, GP Bahrain, GP China, GP Rusia, GP Eropah, GP Belgium, GP Itali, GP Singapura, GP Jepun


Lewis Hamiton, Nico Rosberg, Mercedes

Artikel Sebelum

Pogba Lembab, Bailey Terpantas

Artikel Berikut

Artikel Lain